Friday, May 22, 2009

TERSEBUTLAH KISAH...

  • KHASIAT TELUR SEPARUH MASAK

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya. Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata..

"Beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan 2 biji saja. Yang lain tu untuk ayah kau punye," kata emaknya

Ha................Lu Pikir ah sendiri........!

  • SOSEJ DAN LEMBU

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...

  • MAT PUNK

Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab..

"Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."

  • AYAM PANGGANG

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik."

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."

Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...

  • PALING BERSIH

Sepasang suami istri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik :Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?

Lelaki :Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini.

Pemilik :Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?

Lelaki :Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun.

  • DOT PI DOT MAI

Salman pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.

"Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."

Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian.

Salman menarik Mazlan keluar dan berkata, "Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"

  • MARY SUE

Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Mary Sue akan menginap.

Mary Sue mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.

"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"

"Nyonya, ini adalah lif" jawab pelayan tu selamber.

  • SUAMI ISTERI

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, sisuami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.

"Sumaat"








HAPPILY N' EVER AFTER


Aku suke tgk citer kartun..Ape2 jenis kartun la..Tambah2 kartun yg cumel2.krtun ape yek...' Wall-E ', ' Bolt ', ' Finding Nemo '..dan kartun2 binatang seangkatan dengannya..( Banyak tgk kartun tapi lupa tajuk die)..Yg menarik perhatian aku nk menulis ni adalah tentang kartun Fairytale..Wow..Cindarella...Tapi jln citernya agak lain sedikit..Begini kisahnya....

Inilah ialah ahli sihir yg mempunyai kuasa luar biasa meng'control' kehidupan baik dan buruk setiap fairytale..Tugas die ni memastikan semua fairytale yg ade lam buku ( mcm kitab ) berakhir ngan " happy endings "..Oleh sebab itu, die ada " The scales of Good & Evil "..Benda ni pulak ade " remote control ".. Selagi die menjaga semua benda ni dgn baik dan memastikannya seimbang antara jahat & baik, citer fairytale tak kan berubah dan akhir citer akan tetap happy..happy..dan happy........

Mana ade citer tak ade org jahat kan..Kalu tak da org jahat, bik tak payah wat citer...Yg sebelah kanan ni yg mengubah citer ni jadi tak "balance"..Kejahatan terlebih sudah..Die berjaya merampas "tongat ali" kepunyaa ahli sihir...Kalu tak silap, ahli sihir pergi melancong..Jadi die tinggal pesanan ntuk pembantu die si Munk & Mambo menjaga dacing supaya sentiasa seimbang..Namun dua ekor makhluk munguk ni tak dengar kata..Entah mcmna Ibu Tiri si Ella ( Cindarella ) berjaya menguasai tempat ahli sihir..So, die wat la suka hati mak bapak tok nenek die menekan " remote " dan dacing menjadi terlebih muatan..Dengan sekali tekan, die wat Prince Charming lam citer " Sleeping Beauty " tertidur slpas kiss Sleeping Beauty..Kesian tol..Ingat nak datang selamatkn Tuan Puteri..Dengan die sekali lak tertidur..Begitu gak ngan citer Rapunzel..Putera suh turunkan rambut..Dengan die sekali jatuh bersama rambut..Adeh..Len kali jgn simpan rambut panjang2..

Yg rambut pendek tu la Ella..Cumel2..Dan citer ni tetap happy ending...Agak2 yg dpelok Ella tu Prince Charming ke...Silap..Tu bukan putera tapi pencuci pinggan mangkuk kt Istana..Ending citer ni, Ella kawen ngan die..Bkn ngah Putera Raja..Kalu korg tak caya, tgklah sendiri...Tak ley nak citer panjang2..Pa pun...Citernye tetap Happily n Ever After..bukan N'ever After...




AKU DAN ZAMAN MUDAKU

Buka mata pejam mata..Kentut berak..Makan tido makan...Pastu buang balik, dah 3 tahun lebih rupenya aku ngan si boroi2 ni..Rindu zaman muda2 dulu..Ke hulu hilir bersama...Meredah onak duri..Terkena duri..Uik..Bukanlah..Meredah hujan panas..Inilah kehebatan cinta..Nasiblah tak kena petir lagi..Dulu zaman muda2, kurus je..Pakai apa pun nampak elok lagi..Berdiri pn nampak kaki lagi..Skang kucing gesel kaki pn tak nampak dah..Inilah kesayangan hamba..Makan minum sekali..Pergi kelas sekali..Kena ceramah sekali..Jatuh motor kesorangan lak..Adoiii..Tapi semua itu kenangan yg paling indah...Tak nak lah bermadah2..Cair taik telinge nanti..




Gambar ni aku curi lam MySpace dia..Time ni kami tak kenal lagi..Kalu tak silap, ni ms dia lepas SPM kot..Hensem x??..Anda wat lah penilaian sendiri..Taip ON HENSEM ke JANGAN PERASAN...Apa pun die..Aku tetap syg..Kadang2 tahan hati gak la..


Ni masa kitorang kt Sg.Tukun, Penang...Dr raut blkg..betapa boroinya die..Berkat kasih sayang..Rambut pun dah panjang..Cepat betol die membesar..Makin boroi makin kuat lak cemburunya..Jangan marah..Aku pun sama..Makin seperti " drumstik "...Tiap ms je gaduh sal bentuk badan cam epal ni..Anyway...Dia tetap aku sayang..Mudahan bersama selamanya.." Happily n Ever After "...Sebut sal happily ni, pas ni aku nak citer sal kartun lak...Tguuuuu...

YANG PALING ISTIMEWA

Wow.."diriku begitu berharga"...Aku cam penah dengar iklan ni..Tapi iklan apa ya..Abaikn dulu..Yg penting skang, aku nak kongsi sal wanita-wanita yg cukup istimewa..Bla para wanita yg membaca post ni, pasti kalian akan rasa...Wow..Betapa beruntungnya jadi wanita..So, adik2..kakak2 yg nak jadi laki tu..Atau istilah lain " pengkid "...henti-hentikanlah tabiat anda..Jadilah wanita sebenar...


KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.